Sunday, 6 March 2016

JODOH


“Pelik betul la awak ni Maya. Tak pernah saya jumpa orang macam ni, “ tegur Suhana kepada kawannya Maya yang terlalu minat yang mendalam kepada satu kumpulan Pop Jepun yang tidaklah popular mana di Jepun.
“Ye lah, sampai boleh hafal lagu dan semua benda yang berkaitan dengan kumpulan tu, Maya ada. Ini pertama kali saya jumpa perangai macam ni,” tambah Rohani menyokong apa yang diperkatakan oleh Suhana.
“Ala…biarlah saya tak kacau orang,” jawab Maya sambil mulutnya menyanyi mengikut lagu kegemarannya.
Setiap hari datang kerja, Maya tidak pernah melepaskan peluang menonton konsert kumpulan kegemarannya itu. Dia juga mempunyai kumpulan whatsapp berbincang tentang lagu baru dan apa sahaja aktiviti kumpulan tersebut. Maya mempunyai koleksi CD atau DVD kumpulan tersebut.
“Eh…tu lagu apa tu? Tanya Maya kepada Hairul yang sedang khusyuk mendengar lagu popular yang dimainkan oleh Hairul setiap petang.
“Lagu ni awak tak tahu?” Wajah Rohani berkerut kerana lagu itu adalah lagu popular setelah demam Bollywood kembali bertapak di Malaysia gara-gara kemunculan kembali Shah Rukh Khan dan Kajol. Betapa kegilaan Maya kepada Pop Jepun menyebabkan dia tidak menghiraukan dunia lain.
“Ju, Su dan Kak Ha, saya kan kalau nak kahwin, saya nak macam ahli kumpulan tu,” angan-angan Maya.
Kami semua tersenyum sahaja maklumlah kami sudah agak bagaimana citarasa dia terhadap lelaki. Ju bagitahu bahawa dia sebenarnya putus cinta sebelum ini. Teman lelaki dia sebelum ini adalah lebih kurang dengan pemuda Pop Jepun iaitu Takuya Kimura ataupun Kimutaku. Tapi jodoh mereka tidak kesampaian kerana ada beberapa masalah keluarga yang tidak dapat di elakkan.
“Maya, ada orang nak kenal dengan awak, orang Jepun,” duga Julia suatu hari sambil tersenyum-senyum.
“Ye ker? Mana? Siapa nama dia? Islam ker?” banyak pula soalan yang ditanya oleh Maya sambil tergelak kecil.
“Serius ni,” Julia cuba bersuara tegas. Suhana dan Rohani hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Layankan sahaja feel mereka yang semakin menjadi sekarang ini.
“Assalamualaikum! Boleh saya bertanya? Saya sedang mencari kedai membuat kunci pintu tapi tak jumpa. Ada tak kat Giant ni sebenarnya?” Pemuda yang tidak dikenali bertanyakan soalan tersebut kepada Suhana.
“Waalaikumussalam. Ada sebenarnya, di hujung sana sebelah KFC dan berhadapan dengan kedai buku second hand,” laju sahaja Maya membalasnya sambil tangannya menunjukkan arahnya.
“Err….terima kasih,” teragak-agak mengucapkan perkataan tersebut kerana mungkin dia tidak menjangkakan bahawa Maya akan membalas pertanyaannya. Mungkin dia melihat Maya dan Julia sibuk bercerita tadi.
“Ju….carilah seorang lelaki macam Kimutaku tu. Maya ingat nak kahwin tahun ni la. Jeles jugak tengok ramai kawan-kawan universiti sudah berumahtangga,” Maya meluahkan perasaannya.
“La…ingatkan tak nak kawin,” Rohani mengusiknya
“Ye la…siang malam asyik dok berkepit dengan Kimutaku. Dan bersedia nak melepaskan dia ker?” Suhana pula menyambungnya.
“Tapi saya nak pastikan lelaki a.k.a bakal suami saya ni orang yang bersetuju dengan minat saya dan tidak akan menghalang saya daripada minat dengan Pop Jepun ni,”
“Ala ......kalau dah ada suami, Kimutaku tu ke laut lah,”
“Tak…saya tetap setia padanya.” Kata-katanya disambut dengan gelak ketawa oleh semua.
Ketika kami semua keluar di tempat meletak kereta, kami disapa lagi oleh pemuda tadi. Orangnya tinggi kurus, kulitnya putih, matanya agak sepet dan rambutnya beralun sedikit hampir menutupi dahinya yang luas.
“Maaf boleh saya bertanya lagi? Saya masih baru di sini?” ujar pemuda tadi tanpa segan.
Kami berempat memandang sahaja dengan penuh keraguan, maklumlah sekarang ini banyak pula kedengaran cerita yang kurang menarik.
“Boleh saya dapatkan nombor telefon saudari,” pemuda itu bersuara sambil menunjukkan tangannya kepada Maya. Kami semua terkejut dengan keberaniannya.
“Untuk apa ye?” Berani pula Maya bersuara dengan nada seriusnya.
“Saya ingin berkenalan dengan lebih lanjut.” Pemuda tersebut menghulurkan kad perniagaannya.
“Maaf saya tidak berminat.” Ayat penamat dan menyebabkan kami semua terkejar-kejar mengikut Maya yang bergerak pantas.
Selang beberapa hari kemudian, Maya menerima emel daripada orang yang tidak dikenali dan Maya mengabaikannya.
“Maya, orang tu ada hubungi tak?” Su bertanyakan semasa berbual petang sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh Julia.
“Macam mana dia nak hubungi akak oooiii kalau orang tu jual mahal,” Julia menjawab laju sahaja.
“Tapi kan Maya, akak tengok muka dia ada iras-iras Kimutaku la,” Rohani cuba mengacah
“Maya, ada panggilan telefon daripada Info Centre,” laung Sharmini
Selepas menerima panggilan telefon bergegas Maya turun ke tingkat satu untuk mengambil bungkusan yang dikirimkan oleh orang misteri.
“Maya beli apa tu?” Tegur Suhana apabila melihat Maya sedang mengelek bungkusan kecil.
“Entahlah kak, siapalah pengirimnya. Boleh pula tidak letak nama. Bagaimana mahu saya ucapkan terima kasih,” Maya cuba menutupi kegugupan apabila menerima hadiah misteri. Nak kata surprise birthday, lambat lagi hari lahirnya.
“CD Takuya Kimura.” Maya memegang CD tersebut sambil mukanya berkerut memikirkan siapa yang cuba membuat kejutan.
“Mesti Kak Haira ataupun Abang Madi ni,” teka Maya sambil menekan telefon bimbitnya menghantar Whatsapp bertanyakan mereka berdua.
“Ju, Su dan Kak Ha, Kak Haira dan Abang Madi kata mereka tidak pernah menghantar CD ni. Agak-agak siapa ye?” Maya cuba menyelesaikan misteri penghantar CD.
“Maya ada peminat misteri. Entah-entah pemuda tempohari,” Suhana cuba menyelesaikan masalah tersebut.
“Takkan saya nak hantar mesej tanyakkan, eh awak ke yang hantar CD,” Maya bersungut sambil tangannya lincah menaip tugasan yang diberikan.
Penghantar misteri itu masih tidak terjawab sehinggalah seminggu kemudian barulah Maya membuka cerita kembali.
“Kak Ha, tahu tak siapa penghantar CD tu?” Maya berbisik sahaja risau heboh satu pejabat nanti.
“Siapa?” Kak Ha tidak sabar mengetahui jawapannya.
“Dia sebenarnya ada menghantar emel pada Maya bertanyakan tentang itu tetapi emel tu masuk dalam spam. Mujurlah Allah gerakkan hati Maya ini untuk  tengok yang spam sebelum delete tadi. Rupanya pemuda tempohari yang hantar CD tu.” Terlerai misteri tersebut.
Bagaimana pemuda a.k.a. Asyraf mengetahui minat yang mendalam Maya. Sebenarnya masa kami makan tempohari, dia terdengar perbualan kami dan dia juga merupakan peminat Takuya Kimura kerana dia pernah belajar di Jepun. Dia seorang jurutera di sebuah syarikat terkenal. Dia sememangnya mencari calon isteri yang mempunyai minat yang sama. Disebabkan itulah dia tidak teragak-agak mahu berkenalan dengan Maya kerana dia merasakan itulah petunjuk daripada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment