Kisah 2
“Ustazah, Fara minta maaf
kerana tidak dapat lagi meneruskan kelas tajwid tu,” tutur Fara ketika
terserempak di Café Town.
“Fara ada masalah ker?”
Ustazah Solehah menanya lembut.
“Ustazah ingat tak yang
saya pernah ceritakan pada ustazah yang saya pernah jalani pembedahan
disebabkan kanser?” Fara bersuara perlahan, cuba menahan rasa sedihnya.
“Kanser apa ye, lupa pula
saya?”
“Kanser dibahagian muka ni,
saya pun tak pasti namanya. Yang pastinya kanser itu menyerang kembali setelah
dua tahun. Sekarang ini saya kena jalani kimoterapi untuk mematikan kembali
kuman tersebut. Saya takut ustazah,”jelas suara Fara semakin bergetar menahan
sendu.
“Ustazah doakan semoga Fara
kembali sembuh seperti sediakala. Setiap apa yang berlaku adalah ujian daripada
Allah kepada hambaNya. Fara kena kuatkan semangat dan jadikan itu sebagai
cabaran dalam kehidupan. Allah sangat sayangkan Fara kerana memilih Fara untuk
menjalani ujian ini,” nasihat Ustazah Solehah sambil memegang erat jari Fara,
cuba mendamaikan rasa di hati Fara.
“Terima kasih ustazah.
Doakan saya panjang umur ye,” Fara menamatkan bicara dan terus bergegas pergi
setelah menyalami ustazah Solehah.
Ustazah Solehah memandang
sehingga hilang kelibat Fara dari pandangannya. Betapa tabahnya hidupnya
menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Fara merupakan
pelajar yang cemerlang dan selalu bertanyakan persoalan agama dengan Ustazah
Solehah. Ustazah Solehah terbayang-bayang gelagat Fara di dalam kelas yang suka
menolong rakan-rakannya yang mempunyai masalah. Sememangnya Fara dikenali
sebagai pelajar yang peramah dan disenangi oleh semua yang mengenalinya.
No comments:
Post a Comment