Saturday, 14 May 2016

SAKIT ITU UJIAN


Kisah 1
“Kenapa awak nak berhenti?”Tanya Puan Amalina kepada pelajarnya.
“Saya….saya….,”Matanya berkaca dan menangis.
Jari Amalina terhenti menaip selepas melihat Hanani pelajarnya menyeka airmata yang mengalir. Amalina menunggu sahaja Hanani menyambung kata-katanya itu.
“Saya sebenarnya telah disahkan mengidap Kanser Kolon tahap 2, puan,” selepas beberapa minit Hanani menyeka air matanya akhirnya dia memberitahu dengan lajunya. Airmatanya makin lebat membasahi pipinya.
Amalina kehilangan kata, dia sendiri tidak tahu apakah yang patut diperkatakan.
“Sabarlah Hanani, setiap ujian yang mendatang kita perlu tabah menghadapinya. Hanani ada anak kecil kan?” Amalina cuba mententeramkan keadaan yang semakin hiba.
“Ya puan. Anak saya baru berusia 8 bulan,” jelas Hanani.
“Ayah saya mahu membawa saya berubat ke luar negara, sebab itu saya terpaksa berhenti dulu. Sekiranya diizinkan oleh Allah, apabila sihat nanti saya mahu sambung belajar kembali,” suaranya sudah bersemangat kembali, seperti mana yang Amalina kenal dulu.
“Betul tu, saya sokong. Yang penting teruskan berdoa semoga disembuhkan penyakit tersebut dan awak boleh kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” Amalina terus memberikan semangat.
Amalina nampak muka Hanani kembali bercahaya, bagaikan mendapat suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan. Amalina mendoakan agar Hanani kembali pulih seperti sediakala.


No comments:

Post a Comment