Bab 2
“Sekarang senaraikan 10 orang
yang awak sayang dalam kehidupan awak,”arah penceramah pertama dalam Kem
Motivasi. Titipan Kasih adalah untuk melihat sejauh mana kasih sayang sesame manusia.
Mahu diterapkan ukhuwwah fillah, semoga segala onak ditempuh dan dirempuh
bersama.
Aku meninjau-ninjau senarai yang
dikemukakan oleh Fatin, namun tidak jelas kerana tulisan agak kecil. Encik
Haslan menyuruh pelajar memadam nama yang disayangi sehinggalah tinggal seorang
sahaja. Aku makin tertarik seperti magnet untuk mengetahui siapakah yang
menjadi keutamaan dalam senarai Fatin. Lantas aku menghampirinya.
“Boleh saya tengok nama siapa
yang awak tidak padam?”desakku tanpa rasa sabar.
“Mana boleh,” Fatin tidak mahu
memandangku.
“Agak-agak siapalah pilihan utama
awak ye,” cuba menelurusi bagi memujuknya.
Fatin hanya membalas dengan
senyuman sahaja. Aku membiarkan dia mendengar ceramah Encik Haslan selanjutnya,
namun mataku masih melilau ke arah Fatin. Tanpa disangka, aku ternampak coretan
tersebut. Nama yang tinggal adalah Abdullah Fahmi, kawan sekelasnya. Aku cuba
mengawal rasa terkejut itu.
“Sekarang mari kita tulis sepucuk
surat kepada kedua ibu bapa kita. Bayangkan ini bagaikan surat terakhir kita…,”
penceramah sessi kedua Encik Suhaimi cuba menarik perhatian pelajar semua bagi
menyedarkan mereka siapakah ibu bapa mereka di sisi mereka.
Mataku melirik memerhatikan
Fatin. Agaknya ada isi kandungan surat tersebut. Rasa ingin itu menarik-narik
diriku mendekati dirinya.
“Boleh saya baca surat yang awak
tulis?” tanyaku lembut.
Fatin menyerahkan surat tersebut
yang hanya beberapa baris sahaja dan isinya hanya biasa sahaja.
Kepada Encik Ghazali dan Puan
Rozita,
Maafkan angah jika ada
perbuatan dan perkataan yang salah telah angah keluarkan.
Sekian terima kasih.
Angah
|
“Puan, walaupun saya masih
mempunyai kedua ibu bapa saya tapi kasih sayang dan cinta itu telah lama terkubur, sejak mereka mengumumkan bahawa
mereka ingin berpisah. Kalau saya tidak selesa tinggal dengan papa, saya akan
pergi ke rumah mama. Apabila saya jemu berada di rumah mama, saya akan kembali
ke rumah papa. Apa yang penting sekarang adalah duit. Papa selalu memberikan
duit tanpa mempersoalkannya, mama agak susah sikit. Papa berikan saya sebuah
kereta untuk memudahkan saya datang ke kelas dan dia memberikan saya pilihan
untuk saya memilih jalan saya sendiri. Mama walaupun nampak macam mengongkong
tetapi adakalanya dia membenarkan saya memilih jalan saya sendiri.”
“Saya tidak pernah kenal erti
cinta. Saya tak tahu apa maksud kasih. Sebab itu saya tak pandai nak tulis
surat kepada kedua ibu bapa saya. Saya tidak merasai nikmat itu. Adakalanya saya
sedih sebab saya tidak berpeluang menyatakan ia. Saya cuba mencari sinar cinta
dan sayang itu tetapi saya tidak menjumpainya. Mana mungkin saya menulis surat
itu,”luah Fatin panjang lebar sambil mengesat airmata yang lalu di pipinya.
“Saya tidak pandai menangis….airmata
saya susah keluar sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa malam ini lebat pula airmata
saya,” Fatin menyeka airmata yang masih laju membasahi pipinya.
“Siapa kawan rapat awak?” Aku
menyoalnya.
“Alya dan Sarah,” jawabnya jujur.
“Selalu kalau ada masalah, kepada
siapa awak adukan?”tanyaku lembut sambil memandang muka Fatin.
“Tiada siapa.” Fatin hanya
menjungkit bahunya.
“Awak ada kakak atau abang?”tanyaku
lanjut.
“Saya ada kakak,” Fatin membalas
tulus.
“Agaknya kalau Fatin kehilangan
kakak, sedih tak?”aku cuba memancing rasa.
“Sedih kot,”jawapan yang tulus.
Aku melihat muka Fatin bersahaja
apabila menuturnya. Aku tidak tahu reaksi sebenarnya.
“Ada boyfriend tak?”soalku lagi.
“Ada….tu dia,”sambil tangannya
menunjukkan Abdullah Fahmi di hujung sebelah kirinya. Mukanya ada sedikit
berubah, tersipu-sipu malu gamaknya.
“Katakan kalau Fatin tiada
jodohnya dengannya, Fatin sedih tak?” tanyaku lanjut.
“Sedih.” Jawapan yang aku teka.
“Maksudnya Fatin tahu erti
sayang,” aku menamatkan perbualan kerana penceramah Encik Suhaimi menyambung
ceramah tersebut.
Aku nampak Fatin merenung jauh
memandang ke depan. Entah apa yang berada di fikirannya sekarang.
No comments:
Post a Comment