“Mana
buku? Kenapa tak bawa buku? “ Tanya Miss Dania kepada pelajarnya. Walau sudah
dipesan banyak kali, namun mereka tetap buat keras kepala sahaja.
“Saya
tiada duit lagi,” selamba sahaja jawapan Hafiz, menggegar sedikit jiwa Miss
Dania.
“Minggu
depan saya mahu semua ada buku, samada pinjam ataupun beli,” nada tegas
kedengaran dalam suara yang agak bergetar, cuba menyimpan amarah tersebut.
Nampak
ada yang berbisik sesame sendiri dan cuba menaip sesuatu di telefon bimbit
mereka. Mengajar generasi sekarang memerlukan kesabaran yang agak tinggi,
memerlukan kemahiran mengawal kemarahan dan berinteraksi dengan bijak dalam
mengawal mood mereka.
Miss
Dania sudah memahami mereka, maklumlah subjek yang diajarnya adalah subjek
matapelajaran umum yang wajib diambil oleh semua pelajar. Dia juga mengawal
emosi mereka dan cuba untuk mereka mencintai segala ilmu yang dipelajari.
“Mengapa
buku itu penting? Sebab kita mahu ilmu di dalam dada dan bukannya di buku.
Apabila kita ada buku, kita akan cuba mengingati apa yang telah dipelajari dan
mempermudahkan lagi proses pembelajaran kita,” Dania cuba merasionalkan kepentingan
memiliki buku asas tersebut.
Ada
beberapa orang pelajar yang terangguk-angguk tanda setuju, faham dengan
ketegasan daripada Miss Dania.
“Sekarang
buka mukasurat 16, baca dan ulang sebanyak 3 kali,” arah Miss Dania kepada
pelajar kelasnya, lebih kurang 30 orang. Ada yang baru terhegeh-hegeh
mengeluarkan buku daripada beg, dan ada yang masih terkial-kial mencari mereka
yang memiliki buku untuk dikongsikan bersama.
“Semua
pelajar bawa tak buku prestasi?” Soal Miss Dania ketika semua pelajar ralit
membaca di muka surat yang ditetapkan. Rata-rata menjawab ya, menyebabkan Miss
Dania senyum.
“Sekarang
isi segala maklumat yang diperlukan,” arah Miss Dania.
Noreen,
Atikah dan Zahra ralit bermain telefon dan tidak mencatit ataupun menulis di
buku prestasi dan telah menyebabkan Miss Dania berdiri di sebelah mereka.
Mereka selamba dan masih tidak berganjak, tidak menulis sesuatu pun.
“Kenapa
tidak tulis?” ada nada getar dalam suara Miss Dania.
“Saya
tidak ingat maklumat yang perlu di catit pada minggu lepas,” selamba Zahra
memberikan repon sambil menjuih mulutnya. Mata Noreen dan Atikah masih lagi
ralit melihat skrin telefon bimbit mereka.
“Habis,
macam mana penyelesaiannya?” Miss Dania cuba melembutkan suaranya, memujuknya.
Akhirnya
mereka bergerak ke meja sebelah dan bertanyakan kawan sebelah mereka. Itulah
ragam pelajar.
No comments:
Post a Comment