Perjalanan ini
“ Mengapa saya masih mengingati
dirinya, sukar betul melupakan dirinya?” Luah Hanim kepada kawan baiknya Salwa.
“Awak masih tidak lepaskan dia
pergi. Buangkan ingatan awa padanya,” Salwa membalasnya.
“Saya perlu kuat lagi berdoa semoga
Allah luputkan ingatan saya kepadanya,” ada airmata di tubir matanya, disekat
untuk keluar.
Perkenalan yang berlangsung
selama dua bulan membuatkan Hanim meletakkan sepenuh keyakinan itulah jodohnya
dan berakhirlah pencariannya. Begitu juga dengan sokongan daripada Salwa yang
sentiasa mengimpikan perkahwinan yang penuh gemilang antara Hanim dan Shamsul.
Apa yang silap dalam hubungan
mereka sebenarnya. Hanim Cuma meluahkan rasa bimbangnya dan keinginannya yang
membuak-buak ketika itu untuk terus ada ikatan dan berjumpa sebelum itu seolah
hubungan ini bukanlah bermasalah. Namun akhirnya Shamsul menarik diri dengan
tiba-tiba sehingga tercetus lah pergaduahan yang menyebabkan masing-masing
mendiamkan diri. Begitulah berakhirnya episod mereka, sangat mudah dan rapuh
sahaja hubungan itu, tiada siapa yang ingin mempertahankannya.
Apa yang difikir oleh Shamsul
tidak sama dengan apa yang difikir oleh Hanim. Begitulah mereka nampak seolah
serasi tetapi belum sampai mencapai tahap itu.
Hanim berserah segalanya kepada
Allah. Kepada Allah tempat dia mengadu, membiarkan permasalahan ini
diselesaikan melalui gerak hati, jawapan daripada Allah setelah dia yakin
dengan istikharahnya.
No comments:
Post a Comment