Siti
menjangkakan pertemuan yang tidak diduga dengan Nazim merupakan titik
terakhirnya, penamatan pencariannya. Namun semua itu rencana Allah, belum
izinNya lagi
Siti
menghulurkan salam kepada Nazim dalam laman web TillJannah.com. Seperti biasa
rutin harian Siti awal pagi menyemak mesej yang masuk dalam TillJannah. Siti
hampa kerana tiada siapa yang sudi menegurnya. Dia akui dirinya tidak cantik
dan tidak ada yang menarik tentang dirinya. Terlintas di hati Siti, apa
salahnya dia yang mencuba dulu, menegur dan menghulurkan salam perkenalan.
Siti
memilih beberapa lelaki yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Hanya
menghulurkan salam sahaja. Selepas itu Siti bersiap-siap ke tempat kerja.
Sambil Siti berdoa dalam hati semoga ada sinar buat dirinya.
Selepas
beberapa hari, Siti baru teringat untuk memeriksa dan menyemak sekiranya ada
mesej baru masuk dalam TillJannah. Hanya satu sahaja mesej yang masuk, terus
Siti membukanya. Siti membaca mesej ringkas yang dihantar oleh Nazim.
Mesej
yang dibalas agak lambat kerana masing-masing tidak membukanya dengan kerap
sehinggalah Nazim meminta Siti menghubunginya melalui nombor telefon bimbitnya.
Perkenalan
pun bermula, selalu berbalas mesej di aplikasi whatsapp, tak kenal siang atau
malam. Adakalanya Nazim menghubungi melalui whatsapp call. Dan akhirnya Nazim
meminta kebenaran untuk memanggil Siti dengan menggunakan video call untuk
melihat dengan jelas wajah mereka.
Disebabkan
PKP dan tidak dibenarkan rentas negeri, perhubungan mereka sekisar berhubung
melalui whatsapp sahaja. Sehinggalah suatu hari, mungkin Nazim sudah bosan
dengan asakan soalan Siti, menyatakan bahawa hubungan mereka hanyalah kawan biasa
sahaja tidak lebih dari itu.
Apa
yang Siti tahu, dia jauh tidak cantik, tidak ada kelebihan yang boleh
diceritakan, selalu tertidur awal, jarang masak, tiada masa yang boleh
diluangkan kerana sibuk dengan kerja. Itulah sebab mengapa Siti gagal lagi dan ditinggalkan
lagi.
Agak
sukar pada mulanya Siti mahu menerima berita ini memandangkan Siti cuba serius
dan telah berangan dan yakin serta tekad dengan perhubungan ini. Siti ambil
masa mahu melupakan Nazim. Mulanya Siti memadam nombor telefonnya, memadam
segala mesej dan gambar yang telah diberikan selama ini. Siti tekad,
sehinggalah satu sahaja yang belum Siti padamkan, iaitu facebook, masih
mengharapkan keajaiban berlaku tetapi tiada apa yang berlaku. Siti kecewa lagi
Mengapa
Nazim dikataka pilihan terbaik bagi Siti? Siti melihat keserasian dan banyak
persamaan antara mereka, bintang yang sama, kegemaran yang sama, simple tentang
kehidupan dan jenis orang yang tidak tinggal solat.
Cuma
satu atau dua, Nazim bukan orang yang pandai memujuk ataupun reti tentang
perempuan merajuk, dia hanya tahu mendiamkan diri sahaja. Tiada langsung
mencuba untuk memujuk dalam kamus hidupnya. Nazim juga merendah diri melihat
dirinya yang banyak kekurangan ( atau itu hanya alasan untuk pergi meninggalkan
Siti)
No comments:
Post a Comment