Kadangkala
manusia ini apabila diberikan pilihan, dia tidak tahu yang mana yang terbaik. Jadi
bagaimana, apa yang harus dia lakukan? Tanyalah pada Allah, kerana Allah lah
yang Maha Mengetahui.
Itulah
yang terjadi dalam kehidupan Amani. Perkenalan dia dengan Rosli telah lama
berlangsung,lebih kurang setahun. Apa yang menyebabkan tidak dinaikkan taraf
kerana Rosli ni agak kurang dalam agama, solatnya diragui adakah dia cukup
waktu dalam sehari dengan pekerjaannya yang agak sibuk, maklumlah pilot darat, tidak
kira waktu memandu ke sana ke sini dan mungkin agak sukar untuk singgah solat
kerana mengejar masa. Pagi pula, pukul 10 pagi baru timbul, subuh tidak tahulah
bagaimana.
Dalam
bab lain, Rosli ni baik orangnya, suka menolong orang yang dalam kesusahan,
tidak kedekut, kuat bekerja, rajin dan pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Cuma hukum hakam banyak yang dia tidak tahu, pasal pembelian emas, pasal
pemakaian bangal di tangan, dan banyak lagi.
Pasal
ahli keluarga pula, memang adik beradiknya semua adalah penyokong tegar parti
yang terbesar. Melihat pada latar belakang, agak sukar untuk nak mencipta
keserasian, kerana Amani tahu perangai penyokong tegar, susah tu.
Banyak
juga alasan kenapa Amani menolak lamaran daripada Rosli. Dia memang baik tetapi
banyak faktor yang perlu difikirkan. Hidup bukan berdua sahaja dan bukan untuk
sehari dua sahaja. Memang Rosli pandai ambil hati dan memujuk Amani. Amani suka
kerana Rosli selalu mengambil berat dan suka meminta maaf. Kadang kala Amani
pun rimas dengan sikap Rosli. Rosli tahan sahaja kalau Amani mengamuk dan
marah. Dia bersahaja dan menerimanya.
Perkenalan
dengan seterusnya adalah dengan Shahrim. Amani rasa Shahrim adalah yang terbaik,
kedatangan yang tepat di saat Amani mencari calon suami. Selama dua bulan
perkenalan berbaik dan bergaduh, namun Shahrim bukan jenis orang yang memujuk
dan membiarkan sahaja Amani sekiranya merajuk.
Shahrim
mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama, sentiasa menunaikan solat di awal
waktu. Latar belakang keluarga yang baik dan sentiasa mengambil berat. Shahrim mempunyai
masa mendengar masalah Amani dan sentiasa membantu dan bertanya khabar.
Mungkin
dalam masa sebulan, Shahrim menilai tentang perhubungan itu, melihat kekurangan
Amani, yang tiada paras rupa, hanya kelebihan Amani tentang pekerjaannya. Tapi
Amani mungkin tidak mampu memberikan lagi zuriat. Shahrim mungkin melihat Amani
jarang memasak, Amani jarang menceritakan tentang apa yang mampu dilakukan. Tiada
apa yang istimewa tentang Amani.
Banyak
persamaan Amani dan Shahrim tentang makanan kegemaran, pakaian, kegemaran dan
kesukaan. Itulah yang anggapan Amani bahawa Shahrim adalah pilihan yang terbaik
dan hadir pada waktunya. Namun Amani lupa, Allah lah segalanya, yang
menentukannya.
Satu
sahaja yang Amani lupa, restu daripada ibunya. Apabila Amani menceritakannya kepada
ibunya, namun ibunya mendiamkan diri sahaja, tidak bertanya lanjut. Mungkin ibu
risau tentang Amani, risau ditipu sekali lagi. Apa yang mampu Amani lakukan,
diam dan cuba menerima dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah
SWT.
No comments:
Post a Comment