Kerana cinta, ingin ku berlari meninggalkannya. Sekiranya aku ditakdirkan memiliki wang sejuta, ingin aku lari dari bumi Malaysia ini, berhijrah dari sini dan mengutip ilmu dan pengalaman di bumi lain. Ke mana kaki aku melangkah itulah destinasinya. Bukan aku katakan bahawa Malaysia ini tidak elok cuma aku ingin membawa diriku.
Cinta membuatkan aku masih di sini, memerhatikan apa yang berlaku disekeliling. sememangnya cinta pada manusia akan menyebabkan aku kecewa tetapi bukan pada Allah SWT yang akan kekal dalam ingatan dan terus mencari cinta selamanya. Cinta sepatutnya menghanyutkan aku ke luar negara mendaki pengalaman, membuang rasa itu dalam pertengahan perjalanan aku. Cinta sepatutnya melakarkan aku memori yang indah untuk ku kenang.
ke mana arah aku tuju, semestinya aku mahu melawat tempat di mana orang ramai membuktikan cintanya, seperti di Eiffel Tower, Korea, Taj Mahal dan beberapa lagi. Ingin aku sematkan cinta itu di setiap destinasi aku. Jika itulah mampu membuatkan aku kembali menjadi diri, ingin aku turutkan ia tapi berjayakah?
Dulu, aku ingin ke Mesir kerana cinta aku di sana tetapi sekarang aku hanya terdetik melawat beberapa negara Eropah bagi melafazkan cintaku di sana. Kalau orang dengar, aku ibarat tiada pegangan agama...melihat cinta pada manusia sedangkan sepatutnya kita lahirkan cinta pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment