Sekali lagi aku ingin berbicara pasal hati ini. Sememangnya aku tidak mengerti hati ini. Apa yang kurasa pada saat ini. Mengapa rindu yang itu datang lagi? Rasanya tidak pernah aku merasakan begitu hebatnya rindu ini kerana aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu. Dan aku tahu kau takkan pernah tahu betapa hebatnya rindu dan cintaku padamu. Sungguh aku terseksa dibuai rindu ini.
Namun aku telah kupersembahkan hidupku untukmu, memujamu sepanjang kau tiada. Meratapi pemergianmu,kadang kala merelakan ketiadaanmu di sisiku menemani ketika saat aku benar-benar memerlukanmu. Kerana ….telah ku merelakan hatiku padamu.
Biarpun kau masih membisu, diam seribu bahasa tanpa bicara. Dan hati kecilku akhirnya berbicara bahawa cintaku hanya bertepuk sebelah tangan dan telah membuatkan seluruh hatiku remuk. Sebabnya…aku telah meletakkan 100% sebelum aku mendapat kepastian.
Aku mendoakan bahawa semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku dan semoga akan ada keajaiban hingga akhirnya kau akan mengalah pada cintaku ini. Kerana aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu. Cintaku takkan pupus dalam hatiku ini kerana ku mampu bernyawa walau dengan sebelah nyawaku. Hatiku sudah berderai bagai kaca tapi aku mampu mengutip dan mencantumkan semula. Walau aku jatuh tapi belum tersungkur kerana aku masih mampu berdiri dengan tegak. Takkan aku biarkan hatiku disirami airmata kecewa selamanya kerana aku tahu yang penting aku mesti usaha. Apa usaha aku? Itu rahsia hatiku…samada baik ataupun buruk, aku rela menerimanya.
No comments:
Post a Comment