Aku pernah bermimpi bahawa kau kembali ke sisiku, menghadikan aku senyum manja dan wajah tenangmu berkata bahawa kau tetap menyayangi diriku ini. Pabila aku berjaga , aku terkulai layu menangisi mimpi indah yang muncul seketika ibarat seperti pelangi senja yang hanya muncul di kala awan menghadiakan hujan.
Namun kita takkan bersama, sememangnya sukar untuk ku lupakan ia tetapi aku pasti dan yakin setiap pertemuan mempunyai hikmah yang tersembunyi. Aku rasa kecewa tetapi aku seka dari meratapinya kerana aku yakin Allah sentiasa ada disisiku.
Kau hadir bagaikan sang pelangi indah, hanya muncul seketika sahaja. Tangisku mengiringi perginya pelangi indah itu. .Rintihan aku pohon hanya pada Allah agar memberikan aku kekuatan melangkah meninggalkan kenangan yang indah ini.
Tiada kata mampu diungkap. Kerana rata-rata tiada yang mengerti bagaimana rasa ini, sakitnya tiada tandingan dalam melawan rasa ini. Kini hanya, tinggal kenangan, dan hanya waktu menentukan, samada aku mampu membuang ataupun tidak rasa itu.
Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan aku pelangi petang selepas hujan menyirami hati ini. Sekurang-kurangnya aku mempunyai rasa indah dalam hatiku dan kenangan termahal dapat ku pahatkan dalam hati ini.
No comments:
Post a Comment