Aku tidak tahu bahawa betapa sakitnya mencintai seseorang. Namun aku terus mendambakan cintamu dengan sepenuh hatiku. Cinta ini adalah anugerah dari Allah untukku, menyayangi dan memiliki cinta ini. Meskipun ku tahu bahawa cinta tidak semestinya memiliki, cinta tidak bererti kita akan bersama. Hanya rasa sahaja. Dan sememangnya kau tidak pernah menjadi milikku walau hanya dalam mimpi.
Cukuplah aku mencintaimu sepenuh jiwaku dan merasa bahagia dengan kehadiranmu. Cukuplah aku merasa bahagia dalam anganku memilikimu itu. Namun kau tak tahu bahawa hati ini menempatkan dirimu dalam hatiku. Dan hatiku hanyalah untukmu.
Meskipun kita berbeza, jauh terpisah dan tak mungkin bersama, tetapi aku mahu kau mengerti bahawa sebenarnya aku tidak pernah mampu membuang rasa cinta yang telah tersemai dalam hatiku. Cinta ini tidak pernah menjauhkan dirimu dengan diriku tetapi semakin mendekatkan rasa cinta itu.
Pernah aku menyoal diri ini, akankah kita bersatu dalam alam mimpi ataupun nyata? Adakah aku punyai jawapan itu? Tentulah aku sendiri kebingungan memikirkannya kerana cinta ini adalah jalanan, beredar apabila jejak kau hilang sedang aku masih di sini terkapai meraih cintamu.
Ketika kau pergi meninggalkanku , aku risau diriku nanar mencari. Jiwa ku dibawa lari. Tapi lihatlah aku masih mampu beri sendiri dan mampu bernyawa dengan sebelah jiwaku. Aku akan kuatkan semangat meskipun hatiku berderai bagai kaca. Aku jatuh tapi tidak bersungkur kerana aku masih mampu bertahan berlari meninggalkan jejakku. Takkan aku diamkan kecewaku dengan membiarkan aku meratapinya sedang aku masih boleh memiliki bahagia.
Biarkan aku berdiri sendiri kerana aku yakin aku masih mampu bertahan sehingga ke akhirnya....walau tanpa diri dan cintamu.
No comments:
Post a Comment