Ima
Mengapa begitu susah memadam
memori itu? Apa formula yang terbaik bagi membuang kenangan silam yang sentiasa
membakar hati ini? Ima, As rasa sejak As balik ini As ingin memulakan kehidupan
yang baru dan penuh dengan keceriaan.
Ima, mak lang pesan jangan sudahi
hidup dengan airmata kekesalan kerana cinta yang tak berpenghujung. Cintai
Allah SWT untuk mendapat ketenangan dan kedamaian dalam hidup ini. Mak lang As
tahu penderitaan yang As lalui walaupun As tidak menceritakan kepada ahli
keluarga As. Mungkin sebab dia seorang yang berpendidikan tinggi dan bergaul
dengan pelbagai ragam manusia.
Ima, kadang kala sepi itu datang
bertandang dan airmata akan bercucuran mengalir. Ima, As cuba bertahan daripada
semua itu tapi nampaknya As belum lagi mampu berlari hanya merangkak sahaja
keluar daripada rasa itu.
Ima, ingat lagi tak Nurain yang
sekelas dengan kita, kelas perniagaan antarabangsa? Hari itu As berjumpa dengan
dia, dia juga merupakan pensyarah di tempat As bekerja. Kami semakin rapat
maklumlah jati diri daripada universiti yang sama membara semangat itu. Nurain
baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan rakan sekerja kami juga, Shamsul
namanya. Nurain tu baik orangnya dan dia risau jika As terasa hati dengan
berita gembiranya, dia memberikan beberapa tips untuk As. As cuba positifkan
diri ini tapi adakalanya syaitan ini cuba menghasut diri As supaya melihat
daripada sudut negatif. Katanya, banyakkan sedekah dalam hidup ini supaya kita
mendapat ganjaran di sebalik itu. Dan titipnya lagi belajarlah tahajud pada
pencipta Kita dan mohonlah padaNya. As tahu semua itu dan adakah As perlu
war-warkan dalam muka buku jika As lakukan semua itu? Orang kata jika amalan
baik , haruslah kita sembunyikan jangan dihebohkan supaya tidak bertukar niat
ikhlas kepada riyak pulak.
Tatlama kemudian, ada seorang
kerani di pejabat itu namanya Kak Zurina cuba memadankan As dengan kawan baik
suaminya. Namanya Hasnol, kerja sebagai usahawan tapi yang tak seronok
didengarnya, ingin mengambil As sebagai isteri kedua. As begitu getar
mendengarnya. Memang As tahu tidak salah semua itu terutama jika dia meminta
sebagai terbuka tetapi pandangan masyarakat semua itu. Puas As fikir sebelum As
menolaknya secara lembut. Bukan As memilih tetapi adakalanya As pun harus
memilih untuk kehidupan As. Mungkin belum jodoh As lagi.
No comments:
Post a Comment