Ima, ketika As mengemas bilik baru-baru ini, As terjumpa beberapa helaian surat yang pernah As karangkan khas buat Eddy. As saja ingin kongsikan surat ini untuk Ima.
Abang,
Apabila hati mula berbicara tentang
cinta yang ditinggalkan, lemah seluruh tubuh ini. Sekali lagi As gagal menahan bibir dari
berkata-kata tentang rasa cinta yang terkurung di dalam dada ini. Cinta yang
terpenjara ingin dilepaskan supaya As bebas daripada rasa itu.
Sememangnya As ingin abang sedar bahawa hanya abang sahaja yang As cinta namun bagaimana As ingin abang bukakan
pintu hati abang untuk diri As ini kerana As rasa tidak mampu bersuara, hanya
tangisan di mata sahaja yang boleh dipamerkan.
Apabila melihat abang bersama dia, As cuba bersabar namun As tidak rela membiarkan hati ini merana. Apakah
yang harus As lakukan agar abang melihat kelebihan yang As ada dan kelebihan yang
tiada pada dirinya.
Apabila As memikirkan tentang abang, tiada lain hanya rindu dan sampai bilakah harus As menanti untuk abang menyedari cinta As hanya milik kita. As tidak mahu kehilangan kasih abang dan impian ini untuk bersama dengan abang selamanya. Bukalah pintu hati abang khas untuk diri ini, pinta As.
Sekarang apabila As membaca kembali, As akan tergelak sorang-sorang.Betapa As begitu merintih kehadirannya datang dalam hidup As ini sehingga As buta terhadap kehadiran permata lain.
No comments:
Post a Comment