Sunday, 5 January 2014

Detik bahagia muncul



Gibran, nama yang sudah lama As tidak lafazkan. Bukan kerana As membencinya tetapi As tidak pernah mendengar kisahnya setelah peristiwa yang memalukan itu. Kata Intan, Gibran telah pergi membawa diri. Pabila As tanya, adakah puncanya daripada As? Semua orang tidak dapat mengiyakan ataupun menafikannya. Lama kelamaan As melupakan kisahnya yang pernah hadir dalam diari kamus hidup As.

Sekali As tertoleh As tidak pasti adakah itu Gibran kerana wajahnya agak cengkung daripada dulu. As samar-samar tentang dirinya. Segan pula jika As ingin menegurnya dan As biarkan dia berlalu pergi. Pertemuan yang disangka tidak disusuli dengan pertemuan kedua rupanya tidak. Kali ini lebih dekat lagi dan Gibran menyapa As. As membalas senyuman yang diberikannya. Dia ingin cepat beredar memandangkan ada beberapa orang teman bersamanya. Hati As ingin bertanya lanjut tentang dirinya.

Tiga hari berturut-turut As bermimpi tentang Gibran. As tidak dapat meneka kerana hadirnya dalam mimpi seketika cuma, namun begitu mukanya jelas untuk As kenali. As cuba meneka, adakah As akan bertemu dengannya lagi. Adakah As masih mempunyai hutang dengannya.  As hairan kenapa terbit rasa rindu untuk berjumpa dengannya sedangkan As tidak mengetahui tentang kedudukan dirinya kini.

Tidak lama kemudian, Gibran memberanikan diri berjumpa dengan As dan tanpa As sangka pertemuan itu adalah detik kebahagiaan kami berdua. Gibran melamar As dan membuatkan As terperanjat. Gibran yang As kenali sememangnya penuh dengan kejutan. Dua minggu kemudian kami bertunang untuk tempoh tiga bulan sahaja. Rasa masa betul-betul mengejar kami kerana banyak yang perlu disediakan. Kawan yang paling terkejut adalah Ima kerana dia masih tidak percaya yang As boleh menerima pinangan Gibran. Ima ingat As masih setia pada Eddy berdasarkan emel yang As selalu kirimkan.

No comments:

Post a Comment