Tuesday, 7 January 2014

Dia yang berjaya

Ima,
As merasa gembira apabila Ima memberikan respon yang positif dengan apa yang telah As lakukan dalam dua tiga minggu ini. Sebuah kejutan untuk diri sendiri khususnya. As sendiri pun ada kalanya masih tertanya-tanya, betul ke tindakan yang As ambil ini.

Ima,
Nampaknya Ima tidak sabar-sabar mahu mengenali bakal imam As. As tahu Ima tertanya-tanya tentang namanya itu. As akan ceritakan satu persatu supaya tiada satu yang akan dikecualikan. Nama penuhnya ialah Kahlil Gibran, datuk sebelah ayahnya adalah keturunan Lebanon. Datuknya menamakan dia Kahlil Gibran kerana dia adalah peminat no 1 penyair yang bernama Kahlil Gibran. Gibran adalah penyair ketiga paling laris sepanjang masa, di belakang Shakespeare dan Laozi katanya. Antara kata-kata Gibran iaitu "If the other person injures you, you may forget the injury; but if you injure him you will always remember."

Ima,
Gibran selalu menitipkan kata-kata hikmat Kahlil Gibran kepada As sebagai satu motivasi tika As selalu kecundang. Itulah keistimewaan dia di mata As. Kata Gibran, dalam kemanisan persahabatan kita akan membiarkan ada gelak ketawa dan berkongsi keseronokan. Itulah yang kita selalu lakukan ya Ima. 


Gibran datang tepat pada waktunya, tika As selalu memohon pada Allah untuk memberitahu rahsia yang tersimpan selama ini.Gibran pernah mengucapkan bahawa persahabatan kami adalah tanggungjawab dan amanah. Tika itu As tidak menghiraukan kata-katanya dan memandang sepi sahaja. Pada hari ini baru As mengerti kata-katanya itu. Menjaga persahabatan itu adalah satu peluang untuk mewarnai ataupun mencoraknya samada untuk kebahagiaan ataupun mendamaikan. Wah! Ima mesti kagum dengan As sekarang, bijak berkata-kata. 

Ima, 
Hobi dan kegilaan Gibran setakat ini adalah perkara yang boleh kami kongsikan bersama. As tidak sangka bahawa kami mempunyai kegemaran yang sama. Gibran nyatakan bahawa As ini bagaikan sebuah gunung yang perlu didaki bagi mencapai puncaknya, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. As kehilangan kata-kata apabila Gibran menitipkan kata-kata. 

Ima, 
As masih menjaga perhubungan kami walaupun keterujaan itu tetap ada. Kami membataskan percakapan dan perhubungan supaya tiada fitnah antara kami berdua. Gibran setuju dengan apa yang telah As tetapkan, tiada perjumpaan dan pertemuan sebelum kami diijabkabul. SMS dan emel hanya dilakukan untuk perkara-perkara penting sahaja. Manisnya hubungan ini Gibran selalu menghadiahkan buku dan di dalam buku itu disertakan kata-kata tadi. Menarik tak hubungan kami?

Ima,
As sekarang menghitung hari, masa berlari pantas sehingga As rasa kelelahan dan ingin benar meminta pertolongan daripada Ima. Tapi tidak molek rasanya membebankan Ima yang sememangnya penuh dengan tanggungjawab di kiri dan kanan. 

As tinggalkan kata-kata ini buat renungan kita bersama:
If you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. And if they don't, they never were.

sambung lagi di lain pertemuan. 

No comments:

Post a Comment