"Bagaimana mungkin aku melupakanmu, sedangkan bagaimana caranya untuk melupakanmu pun aku tak tahu."
Tiba-tiba As terjumpa kata-kata itu yang menyebabkan kenangan melayang kembali berputar dalam ingatan ini. Intan cakap cinta As tak kuat sebab itu cepat terkubur. Cinta antara kami belum kuat malah rapuh mudah dibengkok dan dipatahkan.
Masih As ingat sekitar tahun 2000, kita semua sama-sama bersemangat ingin menghabiskan kuliah terakhir untuk digraduasikan sebagai graduan yang cemerlang dan terbilang. Segala tenaga dicurahkan sebaik mungkin. Seperti biasa As akan berjumpa dengan Ina, Siti, Naim dan rakan-rakan yang lain bagi membincangkan tajuk Isu-isu ekonomi yang masih lagi buntu untuk dibuat tajuk projek ini. Pelbagai idea dicurahkan maklumlah dulu bukan macam zaman sekarang, hanya di hujung jari sahaja.
Ketika khusyuk berbincang, As menerima nota kecil maklumlah zaman dulu zaman penggunaan telefon bimbit yang dikatakan barang mewah, belum mampu As milikinya. Terus As senyum apabila membaca nota kecil itu. Nota pendorong untuk melangkah ke peperiksaan akhir nanti. As rasa hati ini bagaikan taman dipenuhi bunga yang harumannya wangi. Indahnya saat dan tika itu mendapat dorongan yang orang yang As sayangi.
Selepas habis berbincang, cepat-cepat As ke perpustakaan dan mencari kelibatnya. As sudah hafal di mana dia akan belajar di level mana dan di sudut mana, semua itu sudah menjadi kebiasaan kami berdua. As tersenyum apabila melihat dia khusyuk belajar di sudut kegemarannya.
As berdiri lebih kurang 50 meter daripadanya teragak-agak ingin menegurnya. Dia bingkas berpaling apabila merasakan kehadiranku dan melemparkan senyuman padaku. Kami hanya berhubung melalui isyarat mata sebelum usai bersurai supaya tidak menimbulkan fitnah yang berpanjangan, perlu menjaga keperibadian kami berdua.
Bahagianya usah digambarkan saat itu....As rasa itulah kenangan manis antara yang masih As kekalkan dalam ingatan ini. Setiap hari kami akan berbalas nota, siapa lagi posmennya jika bukan adik Hasnol, Haslina. Merekalah yang sentiasa menghubungkan kami berdua.
Habis belajar masing-masing berusaha untuk mencari kerja dan gigih mengumpul duit bersama impian yang ingin di bina bersama. Tetapi sampai tikanya...hajat kita tidak kesampaian kerana rupanya masih banyak halangan yang kita tidak pernah fikirkan akan berlaku. Itulah kelemahan kita, tidak memikirkan apa yang bakal berlaku. Dan episod sedih itu yang mahu As padamkan dalam kamus diari hidup ini, selamanya.....
No comments:
Post a Comment