
Definisi Introvert : (Psi)
orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pd dirinya
sendiri, tidak suka bergaul dlm masyarakat atau dunia luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi Ekstrovert: (Psi)
orang yg berminat terhadap hal yg berlaku di (ékstrovert) sekitarnya (di luar
dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka bergaul dgn orang lain, orang yg
berfikiran terbuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Mereka suka
menyendiri dan suka hidup dalam dunia mereka sahaja, sedangkan mereka tidak
endah dengan dunia sekeliling dan mereka akan berasa takut dengan keadaan
sekeliling.
Seseorang yang pemalu menunjukkan rasa takut kepada orang atau situasi sosial. Tetapi introverts, sebaliknya, tidak suka menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan orang lain.
Seseorang yang pemalu menunjukkan rasa takut kepada orang atau situasi sosial. Tetapi introverts, sebaliknya, tidak suka menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan orang lain.
Selalu kita
hendaklah mendekati mereka, bertanyakan tentang hal-hal yang remeh temeh
sehingga hal yang besar. Cuma perlukan kemahiran untuk memulakan perbualan
supaya mereka menjawabnya. Kalau tidak sia-sia sahaja perbualan tersebut,
kadang kala bagaikan kita bercakap seorang diri.
Orang yang
introvert cenderung memberi tumpuan lebih kepada pemikiran dalaman, perasaan
dan mood daripada mencari rangsangan luar. Introverts
cenderung seorang yang pendiam, keseorangan dan introspektif.
Apa yang saya mahu bincangkan ialah
perbezaan yang jelas antara kedua personaliti ini. Sebagai pensyarah,
saya mempunyai pelajar yang berkarektor begini. Bagaimana saya mahu melayan
mereka semua. Sememangnya perlulah kreatif untuk menangani masalah pelajar yang
introvert sedangkan ekstrovert tidak ada masalah.
Berikut adalah beberapa tanda bahawa
anda (atau seseorang yang anda tahu) mungkin introvert.
1. Apabila berada di sekitar orang yang ramai
akan menyebabkan tenaga anda lemah.
2.
Sukakan tempat yang terpencil.
3.
Mempunyai kumpulan yang kecil saiznya bersama rakan-rakan yang rapat sahaja.
4.
Selalunya orang akan mengatakan bahawa anda pendiam dan sukar untuk mengenali
diri anda yang sebenarnya.
5.
Apabila banyak kerja ataupun masa yang dihabiskan dengan aktiviti persekitaran
akan menyebabkan perasaan kurang senang dan hilang fokus.
6.
Lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
7.
Suka belajar dengan cara melihat dan memerhati persekitaran.
8.
Lebih memilih kerjaya yang melibatkan bekerja secara bebas, tidak sangat
berhubung dengan orang ramai.
No comments:
Post a Comment