Tidak mudah menjalani kehidupan
selepas perpisahan dengan dia. Segala memori masih lagi terpahat di dalam minda
ini. Kerana terpaksa aku relakan kau pergi dalam diriku ini.
Hidupku tanpamu di sisi bagaikan
kehidupan kelam tanpa rembulan, tiada bintang yang menemani, hanya airmata
sahaja setia mengalir di pipi ini. Ketahuilah bahawa engkau masih aku rindu. Hanya
satu harapanku, semoga kau sentiasa bahagia dengan kehidupan kau itu. Perjalanan
kita bersama adalah kenangan yang terindah untuk aku potretkan dalam memori
kita.
Pelangi tiada lagi muncul dalam
hidupku ini. Sunyi, sepi, gelap, suram….tiada lagi kata-kata yang mampu aku
gambarkan tentang diriku ini. Kau telah guriskan perasaan ku tetapi aku tetap
tahankan kerana cintaku mengatasi segalanya. Tak layakkan aku memiliki cintamu
itu?
Aku masih simpankan detik
terindah itu, sayang untuk aku buangkan dan masih belum ada kekuatan untuk aku
lemparkan ia kerana adakalanya keyakinan aku mengatasinya bahawa suatu hari
mungkin berpihak kepada kita. Salahkah aku jika masih menyimpan perasaan itu?
Aku kadang kala terlupa bahawa
kau sudah pergi meninggalkan aku jauh di belakang. Aku masih lagi terpanggil
namamu dan menanti kedatanganmu. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mahu
menanti menagih rindu darimu yang memang sudah hilang jejak dan bayang.
Mimpiku masih belum musnah, episod
duka masih lagi mendahului carta mimpi hingga aku tersasar mencari arah. Aku mengharapkan
kesakitan ini hanya sementara sahaja kerana akum ahu ia berakhir dengan segera.
Aku rasanya hidupku kadangkala bagaikan tidak bererti.
Setiap langkah aku rasakan
bagaikan berat, tidak tahu mahu ke kanan ataupun ke kiri. Kenapa aku terlalu
lemah dalam mendakapi kehidupan ini, tanpamu? Aku tidak mahu mengejarmu kerana
aku tahu aku tiada peluang langsung. Biarkan sendiri di sini.
No comments:
Post a Comment