Sunday, 30 December 2018

Rumah Impian



Hanis ingin mencuba mencari jodoh untuk dirinya selepas peningkatan umur. Sebelum ini dia tidak kisah dengan jodoh disebabkan dia mengejar kerjayanya. Tapi selepas melihat seorang demi seorang kawannya berkahwin menyebabkan dia juga teringin merasanya. Lagipun sekarang dia merasakan kesunyian tersebut.
Suatu hari setelah dia mendaftar di Baitul Impian, dia telah menerima mesej salam perkenalan dan menghantar kirim salam sebagai satu permulaan. Hanis agak memilih, maklumlah pasangan hidup untuk selamanya kan. Sehinggalah dia menerima perkenalan daripada seorang duda yang mempunyai empat orang anak yang sedang membesar.
Nama lelaki tersebut adalah Imran. Imran dikatakan bercerai dengan isterinya kerana isterinya lari mengikut wanita lain. Wanita lain…pelik bunyinya kan. Tapi sekarang tiada yang pelik kerana dunia hari ini sudah banyak yang terbalik. Katanya bekas isterinya berkenalan dengan pengkid dan akhirnya terjebak dengan cinta sejenis. Pelik juga sebab mereka sudah lama berkahwin tetapi kenapa cinta boleh beralih arah. Mesti ada sesuatu dalam rumahtangga sehingga bekas isterinya mencari arah yang songsang.
Hanis membuat solat istikharah dalam menentukan pilihannya. Memandangkan ini adalah kali pertama dalam hidupnya dan dia tidak dapat menyiasat lanjut tentang Imran. Baginya Imran sememang lelaki yang tidak sempurna tetapi mahu menerima segala kelemahan yang timbul. Itu adalah salah satu ciri yang membuatkan Hanis cuba menerimannya.
Sepanjang Hanis berfikir, Hanis cuba kongsikan dengan ibunya namun malangnya telah ditentang hebat oleh ibunya. Ibunya berpendapat bahawa ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga dan mampukah Hanis menjaga keempat anak tiri nanti. Banyak yang perlu Hanis fikirkan tentang masa depan mereka. Jangan fikir dalam masa yang sangat singkat. Hanis terus menangis apabila mengenangkannya.

 Image result for rumah impian


No comments:

Post a Comment