Sunday, 23 December 2018

Tidak puas hati



“Mariam, awak memang tidak kenal huruf lagi. Ustazah rasa awak kena ulang balik semester depan,” Ustazah Lufya menerangkan dengan lembut.
“Ustazah tiada cara lain ker?” Tanya Mariam dengan nada tidak puas hati.
“Kalau boleh, sekarang ni awak cuba dulu. Ustazah bagi masa seminggu untuk awak ye!” Ustazah Lufya memujuk lembut.
“Tapi minggu depan, saya sibuk dengan praktikal peperiksaan akhir dan ada hal yang perlu diselesaikan pada hari jumaat,” Mariam menarik muka.
“Kalau macam tu, ambil semester depan,” ada nada tegas dalam suara Ustazah Lufya.
“Semester depan subjek saya banyak dan ada praktikal pula,”Ada getar suara Mariam ibarat menahan marah.
“Ilmu ini untuk dunia akhirat,” Ustazah Lufya memujuk lagi, tidak mudah berputus asa.
“Terpulanglah pada ustazah. Saya pergi dulu,” Mariam berlalu pergi dengan nada yang masih tida berpuas hati.


Begitulah risiko yang perlu ditanggung oleh seorang pensyarah. Maniskan muka untuk menangani masalah tersebut. Jangan emosi menguasai diri, kawal dan tenangkan mereka, Mungkin mereka melihat dari sudut yang salah iaitu, mereka ingat pensyarah sengaja mahu gagalkan mereka. Apabila pelajar tidak dapat menguasai subjek tersebut, mereka kena terima hakikat diri mereka, kelemahan mereka. Bukan tujuan semata menghafal tetapi mengenali huruf tersebut.

No comments:

Post a Comment