Pernahkah sebelum ini Maya bermimpi,
dihulurkan tali perkenalan dan disambut tetapi sebenarnya ada suatu perkara
disebalik itu yang tidak diketahui. Tidak pernah kan? Dengarlah cerita Maya dan
Din, tidaklah menarik sangat tetapi sekadar hiburan sahaja.
Sebelum ini Maya tidak mahu
menyambut tali persahabatan itu. Maya telah menyekat panggilan masuk dan keluar
untuk nombor 012-954XXXX. Setelah Maya berkongsi cerita dengan Hanim, Maria dan
Fadlina, mereka mendesak untuk mendengar penjelasan yang lebih lanjut
membenarkan dia berkata terlebih dahulu, menyiasat kebenaran yang memungkinkan
adanya jodoh antara Maya dan Din.
Selepas sebulan Maya membuka
kembali dan membiarkan sahaja sehinggalah suatu hari dia menerima panggilan
telefon daripada Din. Pada mulanya, banyak soalan yang ingin ditanyakan tetapi
Maya cuba menyusun ayat supaya tidak nampak terlalu gelojoh dalam perhubungan
ini. Hati Maya sudah berbunga-bunga dan bersulam rindukan panggilannya. Maya
dalam angan yang tidak sudah.
Maya melayan segala kehendaknya
sehinggalah suatu hari Maya tersentak dengan mesejnya yang agak berbaur lucah,
bertanyakan perkara yang agak sulit dibincangkan oleh lelaki dan perempuan.
Maya enggan melepaskan tetapi Maya berfikir dengan logik akal dan berdasarkan
ilmu agama yang dibekalkan, Maya menghantar mesej menasihati Din, supaya
berfikir dan tidak mempermain-mainkan. Tambahan pula Din selalu menelefon lewat
malam dan selalu mencuba nasib mahu menggunakan video call, katanya mahu
melihat wajah sebenar tanpa make up.
Sebelum ini Maya selalu mendapat panggilan
misteri pada waktu malam. Apabila diangkat tiada suara dari sebelah sana
menyebabkan Maya selalu berfikiran negatif, lelaki gila katanya. Acap kali juga
sebenarnya Maya mendapat gangguan itu. Sehingga terbongkar rahsia barulah Maya
memberanikan diri menjawab dan cuba mengenali orang yang mahu mengenali
dirinya.
Dan suatu malam, ketika Maya
sudah berguling-guling keseorangan di atas katil, Din menelefon Maya. Maya
malas mahu menjawabnya dan membiarkan sahaja sehingga mereka berbalas mesej
sahaja. Dan jawapan Din agak mengejutkan Maya sehingga Maya melepaskan telefon
tersebut dan terus mematikan telefon bimbit. Maya berfikir dan merenung kembali
kata-kata Din. Akhirnya Maya tekad untuk melepaskan Din pergi, kerana katanta
Din bukan yang terbaik untuk dirinya. Katanya Din hanya mahu mempermainkan
dirinya, dan menjadikan dirinya sebagai tempat untuk melepaskan ketika dia
kesunyian. Din tidak jujur dalam perhubungan dengan Maya, banyak rahsia yang
tidak diungkapkan. Din hanya mencari dirinya ketika dia kesunyian. Maya
menangis ketika melafazkan perpisahanan buat mereka. Apapun demi agama, Maya
relakan kerana inilah yang terbaik untuk mereka berdua.
No comments:
Post a Comment